Maklumat PJK
SELAMAT DATANG
Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Centre) Felda Pemanis 1 mengucapakan Selamat Datang dan jutaan terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawat portal kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) ini merupakan program yang telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd (TM Bhd) dan MSD Digital Intelligence. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat serta mendedahkan kepada masyarakat mengenai kepentingan ICT dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.
OBJEKTIF PENUBUHAN PJK
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PJK.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
PJK menawarkan latihan secara PERCUMA kepada Ahli yang berdaftar. Antara latihan yang disediakan ialah:
- Pengenalan asas komputer
- Asas internet
- Aplikasi elektronik (e-Kerajaan, e-Pembelajaran, e-Dagang)
- Desktop publishing seperti Microsoft Office
PJK juga menawarkan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, fotostat, laminate, binding dan menyediakan zon internet tanpa wayar (WIFI ZONE).
Waktu Beroperasi : Setiap Hari Kecuali Cuti Umum 9.00 pagi hingga 6.00 petang |
No comments:
Post a Comment