MAKLUMAT FELDA PEMANIS 1
Felda Pemanis Satu merupakan salah sebuah rancangan felda di bawah pentadbiran Felda Wilayah Segamat dan telah dibangunkan mulai tahun 1977. Gugusan Felda Pemanis merangkumi 2 buah felda iaitu Felda Pemanis 1 dan Felda Pemanis 2. Gugusan Felda Pemanis terletak bersebelahan dengan Negeri Pahang Darul Makmur. Jarak Felda Pemanis 1 ke Bandar Segamat dengan anggaran 35km melalui jalan Segamat - Kuantan. Keluasan tanah di Felda Pemanis 1 ialah 5,000 ekar dan mempunyai penduduk seramai 3,171 orang yang terdiri daripada keluarga peneroka, kakitangan kerajaan dan buruh asing.
Felda Pemanis 1 mula dibangunkan pada 7 Julai 1978, dan mula menerima kemasukan peneroka pada November 1982. Tanaman utama bagi majoriti penduduk di Felda Pemanis 1 ialah getah yang telah diusahakan sendiri oleh peneroka. Walau bagaimanapun, tanaman kelapa sawit turut diusahakan oleh peneroka seramai 24 orang. Di Felda Pemanis 1, penduduknya dibahagikan kepada 21 blok yang setiap 1 blok mempunyai ahli seramai 24 orang.
No comments:
Post a Comment